Sahabat Alam Malaysia

Hari ini, tempoh perkhidmatan saya di Sahabat Alam Malaysia (SAM) hanya tinggal 14 hari sahaja lagi, 30hb November ini genap setahun khidmat saya yang juga bermakna tamat kontrak antara saya dengan SAM.  Di kalangan environmentalist Malaysia, SAM dikenali dengan gerak kerja yang amat provokatif, mobilisasi akar umbi masyarakat, dan sumber kewangan yang stabil jika dibandingkan dengan NGO alam sekitar yang lain.

Merupakan wakil Friends of the earth international (FOEI) di Malaysia, Presiden SAM, Mr. S.M Mohamed Idris boleh dikatakan sebagai father of environmentalist di Malaysia.  Saya masih ingat kata-kata Abg Nizam Mashar, koordinator SAM sewaktu temuduga, waktu itu minggu ulang kaji semester terakhir saya di USM,

“Perkara terakhir Abg nak bagitahu Ashraf, tujuan abg join SAM ni, sejak tahun 2000 lagi, antaranya Abg nak melahirkan aktivis muslim.  Orang Islam yang turun kepada masyarakat sebagai aktivis dan memahami serta menyelesaikan masalah akar umbi dengan panduan Islam.  Perkara ini amat rendah dalam kalangan orang Islam hari ini.  Jadi, seandainya Ashraf diterima bekerja, jangan sekadar kerja, tetapi dengan iltizam sebagai seorang Islam.”

1 Disember 2009, saya memulakan tugas secara rasmi, dan kini sudah hampir penghujung.  Selama setahun bergerak kerja, Alhamdulillah, pelbagai pengalaman dapat digarap, terutama mengenali permasalahan masyarakat marhaen.  Gerak kerja SAM yang merentasi sempadan negeri, ideologi politik, bangsa, lapisan masyarakat, membolehkan saya memahami cara fikir dan orientasi kerja serta permasalahan mereka.

Pengalaman pertama kerja lapangan, berinteraksi dengan masyarakat orang asli di Pekan, Pahang yang diusir beransur-ansur oleh pembalakan haram, diiukuti dialog dengan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Tan Sri Joseph Kurup ketika lawatan kementerian di Bukit Koman, krisis yang menggugat kesihatan komuniti cina di sana.  Nasib nelayan yang dinafikan di pelbagai kawasan sekitar semenanjung atas nama pembangunan, serta pelbagai lagi golongan masyarakat.

Kini, sudah tiba saat akhirnya, pengalaman bersama Sahabat Alam Malaysia ini akan dikenang selama setahun ini sukar untuk diungkapkan.  Namun begitu, bagi sesiapa yang benar-benar ingin memahami dan memperjuangkan nasib masyarakat, NGO yang berkhidmat untuk masyarakat seperti SAM adalah tempat untuk mereka menilai sejauh mana kental ideologi mereka.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh organisasi SAM yang memberi seribu pengalaman ini, semoga terus maju jaya.

16 November 2010

About these ads
Categories: ~my life~ | Leave a comment

Post navigation

Thanks for a response :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: