Kehebatan Madrasah Ramadhan

Bulan Ramadhan biasa disebut kebanyakkan kita degan pelbagai istilah dan gelaran,  ada menggelarnya sebagai bulan latihan, bulan beruzlah, malah ada yang mengumpamakan ia sebagai Madrasah mahupun Universiti Tarbiyyah buat umat Muhammad saw.  Tidak kira apa sahaja gelaran buat Ramadhan, matlamat akhir di bulan ini tetap yang satu iaitu untuk beroleh Taqwa kepada Allah swt sebagaimana diisyaratkankan oleh Allah swt di dalam surah Al Baqarah ayat 183.

Dalam mengenal erti taqwa, terdapat pelbagai definisi yang diungkapkan sahabat, antara yang biasa didengar analogi yang diberikan oleh ubai Bin Kaab kepada Umar Al Khattab, manakala, Hassan Al Basri pula apabila berkata tentang taqwa, beliau menyebut,

“Orang-orang yang bertaqwa adalah kalangan orang yang takut dari melakukan larangan Allah dan sentiasa melaksanakan perintah yang difardhukan.”

Taqwa adalah hasil yang datang dari keyakinan dan kekuatan iman yang tinggi yang membuahkan kecintaan kepada Allah dan kebimbangan untuk melanggar perintah Allah swt, itulah taqwa dan inilah yang dicari oleh setiap mereka yang bermusafir di bulan Ramadhan ini.  Jika kita menyoroti sejarah perjuangan Baginda Muhammad saw dan para generasi awal Islam, bertapa banyak contoh-contoh ketaqwaan yang mampu kita singkap.

Perang Badar yang berlansung pada 4 Ramadhan merupakan salah satu contoh ketinggian taqwa, 313 orang beriman yang keluar dari kota Madinah dengan matlamat untuk menyekat rombongan dagang Quraisy Mekah yang memperdagangankan harta kaum Muhajirin di syam, membawa senjata ala kadar dan tanpa sedikit pun persediaan untuk berperang dari segenap segi, dibalas dengan 1000 tentera musyrikin yang lengkap bersenjata dengan bekalan yang cukup.  Di atas dasar iman, mereka tidak mengalah dan menyerahkan segalanya kepada Allah swt dalam menghadapi ketentuan takdir, mereka menang di atas dasar iman mereka.

Pada 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, satu lagi peristiwa penting berlaku dalam sejarah umat Islam iaitu pembukaan kota Mekah.  Pembebasan ini menandakan kembalinya Tauhid ke bumi Mekah, bumi yang diasaskan dengan pengorbanan Ibrahim a.s, kesabaran Siti Hajar dan hentakan kaki Ismail a.s, kota yang lahir dari keimanan.  Pada tarikh ini pusat penyembahan berhala ditawan dan dikembalikan tauhid kepada kota ini.

Pada 18 Ramadhan, Khalid al Walid memusnahkan Uzza di Nakhlu, seterusnya Tariq Bin Ziyad juga berjaya menawan bumi Sepanyol pada 28 Ramadhan, dari bumi Morocco beliau mengetuai bahtera perang merentasi selat Meditranean ke bumi Sepanyol.  Sebaik mendarat di sana, beliau membakar kesemua kapal tentera muslimeen dan nekad mara ke depan menjayakan misi menawan bumi sepanyol atau mereka syahid bertemu Allah.  Sebuah lagi perperangan yang berlangsung di bumi Sepanyol iaitu perperangan yang dikenali sebagai perperangan Zalluqah dipimpin oleh Yusuf Bin Tasyrifin berlaku pada 20 Ramadhan.

Perperangan Hittin membebaskan Baitul Maqdis dari kencaman tentera salib pimpinan Sultan Salahuddin al Ayubi juga berlangsung dalam bulan Ramadhan iaitu pada 27 Ramadhan.  Kemenangan ini bukan sekadar pembebasan Baitul Maqdis, menerusi kemenangan ini jugalah, Salahuddin memberi pengajaran kepada orang kristian yang menjadikan beliau sebagai tokoh yang dihormati oleh pihak kristian.  Sewaktu tentera salib menawan kota ini, mereka membunuh setiap orang Islam yang berada dalam kota, namun sewaktu salahuddin menawan kota ini, beliau tidak mengambil walau satu nyawa orang kristian.  Beliau mahu mengajar orang kristian, sebaik memperoleh kemenangan, mereka mesti menghormati nyawa setiap manusia dan tidak menjadikan kuasa yang diperolehi untuk merampas hak tersebut.

Sebaik jatuhnya Khilafah Abbasiyyah kepada tentera Monghul pimpinan Hulagu Khan, umat Islam dari bangsa Arab ditindas, pada waktu ini, seorang panglima dari kalangan hamba bangkit dan meneriakkan kalimah yang membangkitkan semangat pejuang, “wahai nasib Islam!” Itulah Qutuz (Sultan Mudhaffar) yang bangkit atas dasar Aqidah menentang Hulagu Khan di Mata Air Jalut.  Perperangan yang dikenali sebagai Ain Jalut ini berlangsung pada 15 Ramadhan.  Dengan izin Allah tentera tartar yang hampir memusnahkan tamadun manusia ini dikalahkan sebagaimana tentera Talut menewaskan tentera Jalut.

Begitulah contoh-contoh dalam sejarah Islam yang menggambarkan bertapa apabila Iman dan Taqwa menjadi taruhan, kemengan berpihak kepada Umat Islam.  Sesungguhnya kita hanya berusaha dan kemenangan tetap datang dari Allah swt, sebagaimana firmanNya dalam surah an Nasr,

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah  dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha penerima taubat.” (AnNasr: 1-3)

Categories: Rencana | Leave a comment

Post navigation

Thanks for a response :)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: